Recent Posts

settia

ROTHSCHILD YANG MENDIRIKAN NEGARA ARAB SAUDI (KELUARGA IBN SAUD) ?

PERKONGSIAN UMUM


Arab Saudi merupakan salah sebuah negara di dunia Islam yang sangat strategik, terutama sekali kerana di negara tersebut terdapat Baitullah di Makkah yang menjadi pusat ibadah haji kaum Muslimin di seluruh dunia. Malah sejarah dan perjalanan Islam itu sendiri sememangnya tidak boleh dipisahkan dari wilayah Hijjaz itu kerana di sanalah Rasulullah SAW dilahirkan dan di sanalah Islam bermula sehingga menjadi peradaban besar dunia. 

Arab Saudi juga sering menjadi rujukan dalam bidang pendidikan Islam kerana di negara tersebut terdapat beberapa pusat pendidikan ulung seperti Universiti Raja Abdul Aziz di Jeddah dan Ummul Qura di Makkah yang menjadi tempat belajar ramai pelajar Islam dari seluruh dunia. Dari negara ini jugalah, munculnya gerakan Wahabi yang banyak membawa pengaruh dalam dunia Islam. Lebih jauh lagi, Saudi sering dianggap sebagai representasi model negara Islam yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Itu dari satu sisi. 

Namun di sisi yang lain, Saudi juga merupakan negara yang paling banyak dikritik oleh dunia Islam. Sejak dari awal pembentukannya, negara ini dianggap sebagai pemberontak terhadap Khilafah Utsmaniyah. Sejarahnya juga penuh dengan pertumpahan darah terhadap lawan-lawan politiknya. Banyak pihak menjadi saksi terhadap tindakan keras yang dilakukan oleh rejim ini terhadap pihak-pihak yang menentang kekuasaan keluarga Saud. Bukan itu saja, Saudi juga dikecam kerana menyediakan negaranya untuk menjadi pangkalan militer AS. Kehidupan keluarga kerajaan Saud yang penuh dengan kemewahan yang melampau juga banyak menjadi perbincangan. Secara ekonominya, Saudi juga menjadi dambaan negara-negara kuasa besar dunia disebabkan faktor kekayaan minyaknya yang luar biasa.

(Gambar) Antara salah satu monumen  di Jeddah-Arab Saudi yg diberi nama JEDDAH EYE. 

Salah satu kehebatan Arab Saudi selama ini adalah kejayaannya dalam menonjolkan negaranya merupakan cerminan negara Islam yang menerapkan al-Quran dan Sunnah. Keluarga kerajaan Saud sering menampilkan diri mereka sebagai pelayan umat kerana di negara mereka terdapatnya dua tanah suci, Makkah dan Madinah yang tidak putus-putus dikunjungi oleh umat Islam dari seluruh dunia. Saudi juga banyak memberikan bantuan kepada kumpulan-kumpulan Islam dan negeri-negeri umat Islam tertentu demi menonjolkan imej baik mereka sebagai ‘pelayan umat’ dan penjaga dua tanah haram (Khadim al-Haramain). Seluruh dunia tahu bahawa Arab Saudi adalah pendukung penuh AS baik secara politik mahupun ekonomi dalam Perang Teluk II. Saudi juga menyokong serangan AS ke Afghanistan dan berada di sisi AS untuk memerangi umat Islam.  Sudah terlalu nyata bahawa Saudi sentiasa berganding tangan dengan AS.  

Selain keakrabannya dengan AS, Saudi juga amat terkenal ketegasanya terhadap gerakan-gerakan Islam yang mengkritik kekuasaannya. Banyak ulama yang dipenjarakan hanya kerena mengkritik keluarga kerajaan dan pengurusannya terhadap umat. Keluarga Saud bergelimang dengan segala kemewahan yang melimpah ruah, pada saat yang sama, rakyat Iraq, rakyat Palestin dan lain-lain hidup menderita akibat tekanan ekonomi, penindasan dari penguasa sendiri dan juga tekanan dari AS. Kerajaan Saudi tidak akan berkompromi dengan mana-mana rakyat yang mengkritiknya, keberadaan parti politik juga diharamkan sama sekali sejak dari awal pemerintahan Saud. Dalam masa yang sama, atas alasan menjaga keamanan keluarga dan kerajaan, mereka menghabiskan jutaan dolar dalam melakukan kerjasama militer dengan AS dan menempatkan lebih daripada 5000 anggota tentera AS di Arab Saudi.

SEJARAH BERDIRINYA ARAB SAUDI

Sejarah dimulai di Ad-Diriyah yang berdekatan dengan Riyadh, seorang yang bernama Muhammad bin Saud (Ibn Saud) bermazhab Hambali, dan pada tahun 1740, Ibn Saud atas kerja sama dengan agen British telah menjemput pendiri faham Wahabi, Muhammad bin Abd Wahab (Ibn Wahab) untuk tinggal di Ad-Diriyah.

Dengan pertemuan mereka berdua, rencana pemberontakan oleh agen British telah berhasil membebaskan Ad-Diriyah bebas dari pemerintahan Usthmaniyah. Ad-Diriyah menjadi negara pertama bagi pemerintahan Ibn Saud dan Ibn Wahab diberi autoriti untuk meyebarkan fahaman Wahabi. 

Selepas kematian Ibn Saud, Abd Aziz telah mengambil alih tampuk pemerintahan dan menjadikan faham Wahabi sebagai sandaran utama pemerintahan dan memusnahkan makam Saidina Ali bin Abi Talib serta Saidina Hussain atas alasan mengelakkan perbuatan syirik pengikut Syiah.

Keluarga Saud terus melancarkan perang terhadap pemerintahan Usthmaniyah selama 80 tahun lebih. Akhirnya pada tahun 1902 Ad-Diriyah berhasil melepaskan diri dan juga berhasil merebut bandar Riyadh.

Untuk melindungi kawasan kekuasaanya agar tidak dirampas, Abd Aziz menjalin hubungan dengan British dan menjadikan Semenjung Arab sebagaai negeri naungan British.

Dengan kerjasama British dan Amerika pada tahun 1953, Rothschild mendirikan bank negara untuk Arab, yaitu Saudi Arabian Monetary Agency.

http://en.wikipedia.org/wiki/Saudi_Arabian_Monetary_Agency

Perusahaan-perusahaan minyak Rothschild sepeti BP dan Royal Dutch Shell telah  diberi hak untuk mengelola minyak di seluruh negara Arab Saudi.

WILAYAH ARAB, ROTHSCHILD DAN PBB

Kembali kita kepada pendirian Liga Bangsa-bangsa yang diumum di Paris pada tahun 1919. Antara tokoh yang berada dalam konferensi perdamaian 1919 itu adalah Emir Faisal yang mengetuai delegasi Arab ke Versailles, Paris.

Siapa Emir Faisal ini? Beliau adalah anak dari Hussein bin Ali, Sharif Mekah. Ayahnya menjadi Sharif Mekah sejak zaman Turki Usthmaniyyah dan menjadi Raja Hijjaz setelah Pemberontakan Arab 1917-1918 menentang khilafah atas niat beliau ingin menjadi khalifah islam, bersekutu dengan British demi cita-citanya membina imperium Dinasti Bani Hashim di semenanjung Arab . 

Turki Usthmaniyyah yang bersekutu dengan Jerman dalam Kuasa Pusat telah mencoba menghalangi pemberontakan Sharif Hussein ini, walau bagaimanapun Sharif Hussein berhasil menguasai kawasan Hijjaz termasuk mengekalkan pemerintahan Mekah-Madinah dari tahun 1916 hingga tahun 1924 dengan bantuan British dan Perancis serta menggelar dirinya Khalifah bagi umat Islam.

Ketika pemberontakan 1916-1917 itu Emir Faisal membantu ayahnya untuk menentang Turki Usthmaniyyah bekerjasama dengan agan British di Mesir, T.E Lawrence. Sesuai dengan Perang Dunia Pertama yang berlangsung ketika itu, pihak Sharif Hussein bersama pihak bersekutu, dan Turki Uthmaniyyah bersama kuasa pusat Jerman. 

Setelah kekalahan Turki Usthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama, Emir Faisal tidak kurang mendapat untung bersama ayahnya. Banyak wilayah-wilayah taklukan Turki Usthmaniyyah diserahkan dari mandat-mandat British. Beliau menjadi wakil Arab membuat perjanjian dengan Presiden Israel pertama dan juga ketua organisasi Zionis sedunia Chaim Weizmann yang dikenali sebagai Perjanjian Faisal-Weizmann 1919 yang dijalankan di Paris bertepatan dengan Perjanjian Perdamaian Paris 1919.

Apa yang menarik adalah kisah setelah itu ketika tumbuhnya Wahabi-Ibn saud berlangsung pada 1924. British tidak lagi menyokong membantu Sharif Hussein dan membiarkan pihak Ibn Saud yang menentang Sharif Hussein untuk mendapatkan wilayah Hijjaz dan Mekah-Madinah. Anaknya, Emir Faisal masih menjadi raja di Syria dan kemudian Iraq sehingga beliau meninggal dunia pada 1933.

Sebelum lebih jauh, mari kita ketahui perihal Ibn Saud dan usaha penaklukannya, pembentukan tentera Ibn Saud dianggap kuat setelah bekerjasama dengan Sheikh Muhammad Ibn Abd Wahab sehingga dapat memerintah wilayah Diriyyah di Riyadh dari tahun 1744-1818 yang juga dikenal sebagai Arab Saudi pertama.  

Kekaisaran Turki Uthmaniyyah walau bagaimanapun mencoba mengambil kembali wilayah itu untuk bernaung di bawah Turki Usthmaniyyah dengan menghantar Muhammad Ali Pasha. Pada 1818, Ibn Saud telah kalah kepada Muhammad Ali Pasha. Kemudian Ibn Saud cuba membina kekuatan kembali dan mencoba mendapatkan wilayah Riyadh pada 1824, berperang dengan Bani Ar Rashid yang merupakan sekutu Kekaisaran Turki Usthmaniyyah.

Dari tahun 1824 itulah zaman Arab Saudi kedua, Ibn Saud terus merencanakan untuk berkuasa di wilayah arab dengan tema tajdid ke arah pemurnian Islam bersama kelompok wahabi. Kemuncaknya adalah peperangan dengan Bani Hashim pimpinan Sharif Hussein yang dikisahkan tadi pada tahun 1924. Walaupun banyak kelompok kabilah yang ingin menguasai wilayah Arab, ternyata setelah kejayaan Bani Hashim bersama dengan pihak sekutu pada era Perang Dunia Pertama mengalahkan Khilafah Turki Usthmaniyyah, keturunan Saudi dianggap lebih berjaya pasca Perang Dunia Pertama itu.

Berkembangnya tentera Ibn Saud yang digelar "Ikhwan" itu telah berhasil melebarkan penguasaan wilayah mereka sehingga pada tahun 1932 berdirilah dengan Kerajaan Arab Saudi Ketiga yang diiktiraf oleh British (dimana British tidak akan mengganggu kedaulatan wilayah Ibn Saud), sementara banyak tanah Arab lain masih di bawah mandat British.

Apa yang lebih menarik, 6 tahun selepas itu tahun 1938, simpanan minyak yang ada di Arab Saudi oleh penasihat kepada Ibn Saud yaitu Jack Philby (nama islamnya Sheikh Abdullah). Dialah yang membawa perusahaan Rockefeller, Standard Oil for California (SOCAL) dan Texaco menguasai pasaran minyak Arab Saudi seterusnya membentuk Arabian-American Oil Company (ARAMCO).

Baik, siapa Jack Philby ini? Inilah manusia yang menjadi perantara yang berpengaruh membentuk peta semenanjung tanah Arab hari ini. Pada awal kariernya menjadi agen British di tanah Arab beliau memegang beberapa kepimpinan dalam institusi negara-negara mandat British pasca Perang Dunia Pertama. 

Sebelum itu, dialah yang merancang untuk mensukseskan Kerajaan Persekutuan Arab di bawah misi Pemberontakan Arab menentang Khilafah Turki Usthmaniyyah yang akan mengangkat Sharif Hussein sebagai ketua negara-negara Arab bersatu yang meliputi kawasan dari Syria hingga ke Yaman. Di dalam misi itu, dia bekerjasama dengan T.E Lawrence sebagai perancang perang membantu Sharif Hussein dan anaknya, Emir Faisal.

Pada 1917, Philby dihantarkan kepada Ibn Saud sebagai wakil British untuk perundingan. Dalamwakti yang sama, Philby lebih cenderung pada Ibn Saud untuk memerintah semenanjung Tanah Arab setelah wilayah-wilayah Turki Usthmaniyyah dilepaskan selepas Perang Dunia Pertama itu.

Pada 1918, saat berlakunya Perjanjian British-Perancis yang membagi-bagikan tanah Arab untuk dijadikan wilayah mereka dan pembentukan Deklarasi Balfour mewujudkan negara Israel, Philby merasakan misi membentuk semenanjung arab bersatu telah dicurangi. Tahun 1920, Philby menjadi menteri keselamatan dalam negeri di Iraq pasca revolusi Iraq waktu itu. Setahun setelah itu 1921, Philby dilantik menjadi Ketua unit rahsia British di Mandat Palestina. Pada 1922, Philby ke London dan bertemu semua pemimpin penting barat yang sedang membedah wilayah Arab termasuk Winston Churchill, King George, Prince of Wales, Baron Rothschild, Wickham Steed, dan Chaim Weizmann, ketua pergerakan Zionis sedunia.

Atas sebab perbedaan dengan polisi British yang pro-Bani Hasim sedangkan Philny pro-Ibn Saud, Philby diarahkan berhenti dari semua jawatannya oleh British pada 1924. Namun kemudian, Ibn Saud memanggil Philby menjadi penasihatnya untuk membantu menguasai Semenanjung Arab yang sebahagian besar masih berada di bawah mandat British. Tahun 1925, Philby berunding dengan pihak British sebagai wakil Ibn Saud, yang kemudian membawa kepada pengiktirafan British kepada kedaulatan wilayah Ibn Saud dan sokongan British mula beralih dari pro-Bani Hashim kepada pro-Ibn Saud. Tahun 1930, Philby memeluk Islam dan menggunakan nama Sheikh Abdullah.

Pada 1931, Philby menjemput Charles R Crane warga Amerika untuk mengebor simpanan minyak di Arab Saudi yang bakal didirikan setahun selepas itu 1932 secara rasmi. Pada 1933, setahun setelah Arab Saudi didirikan, perusahaan Rothshchild berurusan dengan Philby untuk menguasai minyak di sana melalui SOCAL dan Texaco lalu terbentuklah ARAMCO 1936. Sehingga tahun 1973, kerajaan Arab Saudi hanya memegang 25% saham ARAMCO membuatkan perusahaan itu menjadi aset Amerika paling bernilai dan pengeruk keuntungan Rothschild yang terbesar.

Hanya pada tahun 1980, barulah ARAMCO dikuasai sepenuhnya oleh Arab Saudi dan menukar namanya menjadi Saudi Aramco.

Dari kisah penaklukan negara-negara Arab yang beralih kuasa dari Usthmaniyyah-British-Bani Hasim-Saudi ini, kita dapat lihat akhirnya puncak perolehan keuntungan minyak yang diidam-idamkan Rothschild & Rockefeller untuk menguasai minyak di tanah Arab tercapai walaupun sukar untuk kita buktikan Rockefeller berada di balik segala konflik dan permainan politik perang di sana, namun jelas tanpa mampu disangkal tahun 1914-1933 (19 tahun), dari minyak ditemui di Arab dan Perang Dunia tercetus hingga perundingan bersama Philby yang menjadi penasihat Ibn Saud, membawa kejayaan Standard Oil memegang saham terbesar pemprosesan minyak di tanah Arab selama lebih 40 tahun.

KESIMPULAN

Dengan pengaruh Rothschild  dalam PBB yang asas perkembanganya tak dapat lari dari Rothschild, dan pengaruh kuat Rothschild dalam industri minyak dan kewangan dunia, seolah-olah politik dunia dalam kerangka perang dunia pertama, kedua dan mungkin menjurus kepada ketiga ini tidak dapat menyembunyikan sosok keluarga Rothschild yang sudah berkembangbiak dalam segenap institusi dan industri dunia, baik politik, ekonomi mahupun pendidikan dan sosial. Ada banyak lagi fakta mengenai kaitan pendirian Israel, permainan ekonomi Dollar (kapitalis), dasar perang Amerika zaman milennium, demokrasi, globalisme dan ide "New World Order" yang tidak disentuh lagi yang punya kaitan dengan Rothschild..

Dan kita juga tidak bisa melupakan tahun 1919 ketika Liga Bangsa-bangsa didirikan di Paris dengan terbitnya buku "The New World Order" oleh Batten itu, Rothschild telah mendirikan Interchurch World Movement (IMW) yang beliau anggap lebih penting dari Liga Bangsa-bangsa. Malah setelah itu membawa kepada pendirian The Federal Council of Churches dan The World Council of Churches yang akhirnya bersekutu peranannya dengan PBB

Maka Wahai kaum Muslimin, Sesungguhnya sejurus dengan pemberontakan keluarga Saud tehadap penguasa Islam ini amatlah panjang yang tidak akan habis untuk diungkapkan. Begitulah kerajaan Saud, semasa mereka merampas kekuasaan dari Khilafah yang sah dahulu melalui rampasan kuasa secara kekerasan, mereka tidak pernah menyadari ada hal yang bertentangan dengan syariat Islam ataupun tidak (dalam hal ini jelas-jelas bertentangan dengan Islam). Lalu kini, mereka mengatakan bahawa sesiapa yang mencoba untuk melakukan demonstrasi disebut ingin menggulingkan kerajaan, dan disebut sebagai tidak sah menurut syarak.

Justru, sedarlah kita wahai kaum Muslimin terhadap penmberontakan penguasa Saudi dan juga penguasa-penguasa umat Islam yang lain. Mereka telah memerintah umat Islam dengan menggulingkan pemerintahan Khilafah yang sah dahulu, lalu mereka mengatakan bahawa rampasan kuasa, pemerintahan serta sistem kufur yang mereka terapkan selepas itu sebagai yang 'sah'.

Dari sejarah berdirinya Kerajaan Saudi, bahwa politik kekuasaan dimainkan untuk satu kepentingan yang bekerja sama dengan pihak-pihak yang kuat yang tidak seakidah dengan umat islam dan melawan kekuasaan islam yang sah pada saat itu, namun kemudian mendapatkan kemenangan dan mengatasnamakan dirinya menjadi penjaga dan pelayan umat islam, pelayan dua tempat suci umat islam, sehingga benar adanya isyarat dari ayat Quran berikut ini :

ÙˆَÙ„َا تَÙ„ۡبِسُوا الۡØ­َـقَّ بِالۡبَاطِÙ„ِ ÙˆَتَÙƒۡتُÙ…ُوا الۡØ­َـقَّ ÙˆَاَÙ†ۡتُÙ…ۡ تَعۡÙ„َÙ…ُÙˆۡÙ†َ "Dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya" (QS Al-Baqarah: 42).


Kredit : Abdullah Amizah